Cesc Fabregas dikhabarkan akan kembali beraksi dalam perlawanan seterusnya Arsenal di Liga Perdana, sementara Theo Walcott pula akan kembali sebelum akhir Oktober.
The Gunners seharusnya gembira dengan kembalinya kapten mereka, Fabregas selepas tempoh rehat jadual antarabangsa. Bagi penyerang England, Walcott juga mungkin bersedia untuk perjalanan ke Manchester City dalam masa dua minggu lagi.
Walaupun midfielder Sepanyol, Fabregas kini dikatakan telah cergas, tetapi dia tetap tidak akan terlibat dalam perlawanan Sepanyol menentang Lithuania atau Scotland.
Walcott membuat kemajuan yang bagus, tetapi tidak akan terburu-buru untuk sembuh, dengan pertemuan Eastlands akan berlangsung pada 24 Oktober, mungkin lebih realistik berbanding ketika lawatan Birmingham ke Stadium Emirates dalam perlawanan pertama selepas aksi antarabangsa.
Luis Fabiano akan meninggalkan Sevilla pada Januari ini – dengan pengurus Tottenham, Harry Redknapp sudah pun menjadi orang pertama yang menyatakan minat – jika penyerang tersebut terus dinafikan aksi kesebelasan utama seperti yang dinyatakan oleh ejen beliau.
Jose Fuentes memberitahu beliau akan 'tertarik' untuk melihat opsyen lain untuk kliennya – berkemungkinan seawal jendela perpindahan terdekat ini – jika pengurus Sevilla, Gregorio Manzano berterusan menggilirkan penyerangnya.
Musim ini Fabiano telah bermain sepuluh perlawanan, dua kali menjaringkan gol dengan bekas pemain Tottenham, Freddy Kanoute dan Alvaro Negredo turut mengintai tempat dalam pasukan utama untuk formasi 4-5-1.
Dan walaupun baru menandatangani kontrak sambungan untuk kekal di Sevilla sehingga tahun 2013 beberapa bulan yang lalu, Fuentes memberitahu media Sepanyol, Marca: 'Jika situasi tidak berubah, kami akan tertarik untuk mencari pintu jalan keluar.'
Redknapp menarik diri dari mendapatkan Fabiano pada musim panas ini selepas diminta membayar harga sekitar £25 juta.
Bagaimanapun, pengurus Spurs yang licik itu yakin akan mendapatkan harga yang lebih rendah jika Fabiano menyatakan hasrat perpindahannya secara rasmi.
Arsenal dan Manchester United dijangka akan bersaing semasa perpindahan Januari ini untuk penjaga gol bernilai £9 juta dari Ajax, Maarten Stekelenburg.
Walaupun harganya tidak murah dengan laporan menyebut ia akan mendatangkan kos lebih dari £9 juta – harga tersebut tidak akan menjadi masalah jika Wenger menyedari masalah posisi penjaga gol the Gunners.
Arsenal telah dikaitkan dengan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer dan Manchester City, Shay Given, masing-masing berusia 37 dan 34 tahun namun mereka bukanlah penyelesaian jangka masa panjang untuk pasukan yang telah mengharungi lima musim tanpa trofi.
United juga menghadapi masalah apabila penjaga gol utama mereka Edwin Van der Sar tidak dapat beraksi dengan penjaga gol gantian Tomasz Kuszczak gagal untuk menyerlah.
Dengan kontrak Van der Sar, 39, akan tamat pada hujung musim ini, pengganti jangka masa panjang telah menjadi antara matlamat utama Sir Alex Ferguson, yang telah menerima cadangan mendapatkan penjaga gol nombor satu Ajax itu oleh bekas pemain antarabangsa Belanda.
Stekelenburg, 28, telah diperhatikan oleh peninjau bakat dari Arsenal dan Man Utd sejak beberapa minggu lepas.
Wayne Rooney mungkin tidak lagi dihormati dikalangan media dan peminat England pada tahap tertentu. Namun, sekurang-kurangnya dia masih memiliki sokongan di bilik persalinan United. Atau mungkin sekadar pemikirannya.
Penyerang, Federico Macheda, 19, tampil meletakkan rakan sepasukan Manchester Unitednya dalam keadaan tertekan lebih daripada yang dijangkakan Rooney.
"Rooney adalah seorang yang hebat, dia selalu memberi saya nasihat, tapi dia juga sedikit teruk," kenyataan Macheda di dalam Gazzetta dello Sport.
Alat terjemahan Online Bab.la menerangkan tentang "kurang ajar", "tidak sofistikated", "warga yang tidak sofistikated", "manusia berperilaku buruk" atau "orang kasar". Namun, dalam penggunaan moden, para ahli Itali cenderung memilih "chav" atau hilang rasa hormat.
Sama ada Rooney cenderung dengan masalah perdebatan itu atau tidak, debat mungkin akan berlaku apabila Macheda kembali daripada tugasan antarabangsanya bersama skuad bawah-21 Itali.
No comments:
Post a Comment